Program Ziarah perkuburan Keluarga Dato' Sagor di Kampung Teluk & Pasir Salak

Program Ziarah perkuburan Keluarga Dato' Sagor di Kampung Teluk & Pasir Salak
calendar-line 02 Nov 2025 Kampung Teluk & Pasir Salak, Perak

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib bersama isteri, YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah pada telah menziarahi perkubuan keluarga keturunan dan waris Dato Sagor di Kampung Teluk dan Pasir Salak sebelum menghadiri Majlis Perjumpaan Waris Dato’ Sagor

Ziarah ini disertai oleh Pengerusi Prohram Perjumapaan Waris Dato Sagor, YBhg. Dato’ Abu Hasan Ashaari bin Alang Jaman bersama Ahli Jawatankuasa yang lain. Ziarah ini bukan sahaja bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan keluarga terdahulu, tetapi turut mencerminkan nilai kasih, hormat dan penghargaan terhadap akar warisan serta sejarah keluarga yang banyak berjasa kepada negeri Perak.