Program Ziarah Kubur Dato' Sagor
Berlangsungnya program ziarah ke makam pahlawan terbilang Perak, Ngah Kamdin yang lebih dikenali sebagai Dato’ Sagor oleh TYT Tun Ramli Ngah Talib bersama jawatankuaa penganjuran Perjumpaan Waris Dato Sagor.
Program ziarah ini sarat dengan nilai sejarah dan kekeluargaan menjadi simbolik penting kepada kesinambungan warisan serta ikhtiar memperkenalkan akar keturunan pahlawan tanah air kepada julangan generasi penerus.
Menerusi perkongsian beliau, Tun Ramli meluahkan rasa syukur yang mendalam atas kesempatan menjejaki tanah bersemadinya pejuang bangsa yang menjadi asas kepada salasilah dan darah daging beliau.
Beliau menegaskan bahawa Dato’ Sagor merupakan lambang keberanian, ketegasan, dan maruah
Program diakhiri dengan tahlil serta doa selamat, memohon agar roh Dato’ Sagor dan seluruh pahlawan tanah air sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta berada di bawah naungan rahmat Ilahi.