Kunjung Hormat dan Pembentang Hasrat Perjumpaan

Kunjung Hormat dan Pembentang Hasrat Perjumpaan
calendar-line 04 Ogs 2025 Kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau PInang

Sebagai langkah awal memperkemas penganjuran majlis perhimpunan keluarga besar, Jawatankuasa Majlis Perjumpaan Waris Dato’ Sagor yang diketuai oleh Pengerusi Majlis, YBhg. Dato’ Abu Hasan Ashaari bin Alang Jaman, telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Ramli Ngah Talib, pada.

Pertemuan rasmi ini bertujuan membentangkan perancangan program, menyelaraskan agenda penyatuan salasilah, serta memohon pandangan dan sokongan daripada Tun Ramli selaku ahli keluarga tertua yang juga menyandang gelaran Pembesar Berlapan Perak (Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja).

Kunjungan hormat ini disambut baik dan mendapat reaksi yang amat positif daripada Tun Ramli. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh barisan jawatankuasa atas usaha murni serta komitmen berterusan dalam merancang penganjuran yang dapat mengeratkan ikatan silaturahim sesama keluarga besar Dato’ Sagor.

Bagi pihak persatuan, sokongan dan dorongan daripada Tun Ramli ini menjadi penyemarak semangat buat jawatankuasa untuk memastikan seluruh agenda penjejakkan waris, penyusunan salasilah, dan perhimpunan bersejarah yang dirancang berjalan dengan lancar dan jayanya.