Perjumpaan Waris Dato' Sagor 2025

Perjumpaan Waris Dato' Sagor 2025
calendar-line 02 Nov 2025 Dewan Felcra Changkat Lada, Pasir Salak

Dianjurkan program bersejarah Perjumpaan Waris Dato’ Sagor 2025 yang bertempat di Dewan Besar, FELCRA Seberang Perak, Pasir Salak. Perhimpunan ini telah berjaya mengumpulkan seramai 500 orang waris keturunan pahlawan Perak berkenaan yang hadir dari pelbagai daerah dan negeri bagi mempererat silaturahim serta memelihara legasi perjuangan nenek moyang mereka.

Majlis tersebut diseri dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, yang bukan sahaja merupakan antara waris keturunan pahlawan berkenaan, malah beliau ialah Pembesar Berlapan Perak yang mewarisi gelaran Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja.

Suasana perhimpunan disemarakkan lagi dengan persembahan seni tradisi iaitu acara persembahan Rebana Perak daripada Kumpulan Rebana Pasir Salak dan Sungai Galah. Bagi memberi kefahaman serta menghidupkan semula liputan sejarah pahlawan tanah air itu, para hadirin dihiburkan dengan tayangan video penceritaan ringkas Dato’ Sagor serta tayangan klip filem pendek Dato’ Sagor yang menggambarkan detik penentangan terhadap British di Pasir Salak.

Acara diteruskan dengan sesi ucapan dan penceritaan khas oleh TYT Tun Ramli Ngah Talib, di mana beliau berkongsi sorotan sejarah, pengalaman, dan nasihat bagi memelihara ikatan kekeluargaan serta legasi pahlawan Perak tersebut.

Sebagai tanda penganugerahan dan menghargai keberadaan jurai keturunan, majlis meneruskan agenda dengan penyampaian cenderahati kepada wakil-wakil waris Dato’ Sagor yang hadir. Kemuncak majlis disempurnakan dengan penyampaian cenderahati utama kepada TYT Tun Ramli Ngah Talib yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi Penganjur, Datuk Abu Hasan Asha'ari Alang Jaman, sebagai simbolik penghargaan atas sokongan padu beliau terhadap kejayaan program bersejarah ini.

Publikasi media berkaitan program:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/waris-dato-sagor-rancang-tubuh-yayasan-pelihara-legasi-dan-kebajikan-keluarga-545789 - Astro Awani

https://kitareporters.com/insan/MYer0B6LbO - Kita Reporters